Ribuan Banjiri Dataran Kemerdekaan Sambut Ambang Merdeka
SHAH ALAM, 31 Ogos – Hampir 10,000 warga Selangor membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi untuk bersama-sama menunggu detik jam 12.00 malam bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-51 kemerdekaan negara.
Majlis yang bermula jam 8.00 malam itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut.
Juga hadir memeriahkan majlis sambutan, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Kim dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.
Sambutan perayaan ambang merdeka semalam turut diserikan dengan perarakan masuk perbarisan daripada 68 kontinjen daripada jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT), swasta, badan bukan kerajaan, pasukan beruniform, pancaragam sekolah serta 26 kereta dan van Volkswagen.
Dalam majlis yang sama, Abdul Khalid turut melancarkan logo rasmi Program Mesra Usia Emas dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).
Manakala tepat jam 12.00 tengah malam, beliau mengetuai laungan Merdeka sebanyak tujuh kali dan lima minit kemudian majlis itu dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.
Orang ramai kemudian dihiburkan dengan persembahan artis tanah air. - MURIZA ABDUL HAMID
Keputusan rasmi Pertandingan Perbarisan Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-51 Peringkat Negeri Selangor 2008
Kategori Jabatan Kerajaan/Awam
Johan: Jabatan Pertahanan Awam(JPA3)
Naib Johan: Jabatan Bomba dan Penyelamat
Ketiga: Perbendaharaan Negeri Selangor
Kategori Pejabat-pejabat Daerah
Johan: Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor
Naib Johan: Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam
Ketiga: Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor
Kategori Sektor Swasta/NGO
Johan:Tenaga Nasional Berhad
Naib Johan:Telekom (M) Berhad
Ketiga: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Kategori Pihak Berkuasa Tempatan
Johan: Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Naib Johan: Majlis Perbandaran Sepang
Ketiga: Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Kategori Pancaragam
Johan: SMK Rasar, Klang
Naib Johan: SMK Katolik Petaling Jaya
Ketiga: SMK Sultan Adul Aziz Shah, Shah Alam
Sumber: www.suaraselangormaju.com.my
Selamat tinggal unisys..
5 days ago




0 comments:
Post a Comment